Selasa, 31 Disember 2013

barang yang perlu dibawa masa nak masuk kolej / hostel dll

 

Alhamdulillah .. esok melangkah kita ke tahun yang baru .. 2014 .. in sha Allah .. 

hmm .. so apa azam korang semua ? hehe , ok ! azam nana ...... nak kahwin .!! hahaha 
, tak lah .. berazam nak tingkat lagi iman amal dan ilmu agama dalam diri .. amin ..
for sure la adik-adik lepasan spm tu tengah berdebar-debar nak tunggu result keluar nanti kan ..
haa .. dan ada jugak yang seangkatan dengan nana yang baru nak sambung .. alhamdulillah..
tahniah  !!! :*
hmm .. so kebetulan pulak tadi duk kemas kini fail .. jumpa pulak senarai barang yang hari tu duk pening tak tahu nak bawak apa masa nak masuk kolej .. wihii .. al maklum laa .. masa tu first time nak duduk asrama .. 
kabut jugak la jadinya .. google sana sini .. usha-usha blog-blog sahabat ..huaa serabut .. kikiki ^^

hmm

so .. sebelum merepek lagi panjang .. nahh .. nana share sikit barang yang perlu nak bawak .. 

PAKAIAN
  • baju kurung (4/5 pasang) 5 tu pun kira banyak dah !! boleh tukar-tukar nanti ..
  • baju kemeja / seluar slack (1/2 helai ) kadang pi kelas pakai kemeja kalau dah lambat :D
  • t-shirt (4 helai ) untuk riadah / tidur 
  • seluar track-suit (2 helai)
  • kain batik (kalau nak bawak )
  • tudung


KEPERLUAN SUKAN DLL
  • kasut sukan 
  • stokin
  • kasut (untuk kelas)
  • selipar


BARANG LAIN-LAIN
  • ubat-ubatan (minyak dll)
  • tuala wanita
  • telekung
  • sejadah
  • Quran / yassin
  • payung
  • alat tulis
  • charger 
  • alat solek / sikat / bedak 


KEPERLUAN MANDI DAN MEMBASUH
  • tuala 
  • baldi/gayung
  • sabun mandi/sabun basuh pinggan/sabun basuh baju
  • colgate
  • syampu
  • pencuci muka
  • hanger + clip baju
  • berus baju/berus gigi 
p/s :borang-borang / sijil-sijil / dokumen !!  (JANGAN LUPA BAWAK )

hurmmm ... hurmmm... tadaaa , rasanya tu je kot .. yang lain kalau rasa nak bawak tu bawak la ..
time nana daftar dulu . amboii kemain lagi barang nak bawak .. kiki . macam nak pindah terus pun ade .. huaa.. last2 , bila dah lama2 kat sana .. mula dah angkut bawak balik barang2 yang tak pakai .. dan akhirnya .. hoho .. lapang dah almari .. yippiiii :D
hope entry ni dapat ringankan sikit fikiran anda-anda semua yang dari tadi serabut dok tahu nak bawak apa kan .. :)
ok ! selamat menempuh alam sekolah /universiti/kolej ualls !! belaja rajin2 taw .. buat mak ayah kita bangga dengan kita .. amin in sha Allah ..
assalamualaikum :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan